‘Minah Dagu Senget’ Reka Cerita Tentang Mabuk Di Kelab Malam – Zarina Anjoulie Isytihar Perang Dengan Perempuan Ni!

Please follow and like us:
0

Sebelum ini, seorang pengguna Instagram mendakwa mukanya dan seorang rakan diludah oleh pasangan kawan baik Fathia Latiff dan Zarina Anjoulie yang mencari gaduh dengan mereka di sebuah kelab di ibu kota.

Eka Zahidin mendakwa Fathia dan Zarina ‘mabuk teruk’, malah Fathia telah menayangkan payudara semasa kejadian tersebut. Fathia telah memuat naik satu gambar mengenai ‘konspirasi’ di Instagramnya seolah-oleh memberi bayangan ada pihak yang berkonspirasi ingin menjatuhkannya. Fathia kemudian memadamkan gambar itu apabila dikecam pengguna-pengguna Instagram.

Bagi Zarina pula, dia menghentam Eka Zahidin dan menggelar gadis itu ‘minah dagu senget’ yang mencari pasalnya. Antara lain, Zarina menggelar gadis itu ‘penagih ice’ yang mereka-reka cerita.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Malah Zarina mendakwa Eka hanyalah gadis biasa yang tinggal di rumah papan tetapi menunjukkan hidup gah di Instagram.

Zarina juga mencabar Eka untuk meminta bukti rakaman kamera litar tertutup dari kelab yang juga restoran makanan Jepun tersebut.

Sementara itu, melalui Instagram Story, Eka Zahidin mendakwa dia tiada niat memviralkan mereka dan tidak pernah pedulikan mereka.

Sebaliknya, dia menceritakan mengenai hal tersebut kerana Zarina dan Fathia mencari gaduh dengannya.

Sementara itu di Twitter, seorang Netizen juga mendakwa mereka mabuk malam itu.

Kini terpulang pada anda membuat penilaian siapakah yang berkata benar. Kita semua, siapa pun yang betul atau salah, macam ni juga. Tak gitu?

Ni Dia Insannya:

Sumber – beautifulnara.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!