‘Kalaulah Saya Boleh Putar Masa..’ – Kakak Tergamam Adik Jatuh Tingkat 17

Please follow and like us:
0

Tindakan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun memanjat kerusi plastik di balkoni rumah menyebabkan dia tergelintir lalu terjatuh dari tingkat 17. Kejadian berlaku sekitar 7.10 pagi ketika ketiadaan ibu bapa dan kakak di rumah. Ketika ini ibu bapa mangsa keluar untuk berniaga nasi lemak dan kakak menghantar adik mangsa berusia tujuh tahun ke tadika.

Menurut laporan Metro, mangsa Siti Nur Nadhirah bersendirian di rumah dan baru saja bangun dari tidur untuk mencari kakaknya hingga ke kawasan balkoni tidak dipasang jeriji itu.

Jatuh dari tingkat 17

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata kakak mangsa tidak mengejutkan adiknya itu kerana sedang demam.

Ketika kakak mangsa dan seorang lagi adiknya keluar rumah kira-kira 7 pagi, mangsa sedang tidur. Apabila balik, kakak mangsa diberitahu oleh jiran yang adiknya jatuh dan meninggal dunia.

Kita percaya mangsa memanjat berhampiran jeriji menggunakan kerusi plastik itu sebelum terjatuh. Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sungai Buloh untuk tujuan bedah siasat.

Sementara itu, pengawal keselamatan Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara terdengar bunyi dentuman kuat ketika sedang bertugas di blok  itu.

Saya diberitahu ada budak terjatuh dan terus bergegas ke tempat kejadian sebelum beberapa penduduk menghubungi talian kecemasan. Ada yang mengatakan mangsa mungkin terjatuh ketika cuba mencapai baju yang dijemur di balkoni kerana ketika kejadian, mangsa hanya memakai seluar pendek.

Saya tak percaya

Sehubungan itu, kakak kepada mangsa terkejut apabila dimaklumkan adiknya terjatuh dari tingkat 17. Dia hanya sangkakan adiknya itu terjatuh ketika bermain. Bagaimanapun, kakak mangsa, Siti Nur Natasha berkata sebelum dia keluar dari rumah, dia terlebih dahulu menutup pintu balkoni.

Kalaulah saya boleh putar masa, saya tak akan tinggalkan adik keseorangan. Pada mulanya, saya sangkakan adik terjatuh ketika bermain dan saya terus bergegas untuk pulang sebelum diberitahu adik sebenarnya jatuh dari tingkat 17.

Saya terus tergamam kerana tidak sangka adik boleh panjat ke balkoni. Saya rasa macam tak percaya dengan apa yang berlaku. Bangku plastik itu juga sepatutnya ada di balkoni.

Tapi saya reda

Ibu mangsa Rozneen Hashim reda dan menganggap kejadian ini sebagai ketentuan dan ujian dariNya. hanya mampu menganggukkan kepala beberapa kali apabila ditanya mengenai kejadian yang menimpa anak bongsunya itu.

Walaupun pahit, saya terima ini sebagai ketentuan Allah, saya tak mahu salahkan sesiapa. Sebahagian daripada diri saya masih terlalu sukar menerimanya, tapi saya reda.

Sumber: Metro

Kredit: OhBulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!