“Bonda Tak Malu Menceritakan Aib Sendiri, Demi…” – Ibu Aliff Syukri Akui Pernah Tak Bahagia Walaupun Miliki Segalanya

Usahawan Rozita Ibrahim akui pernah rasa tidak bahagia walaupun memiliki segalanya termasuk harta dan kekayaan dunia.

Ibu kepada Datuk Seri Aliff Syukri itu memberitahu ketika usia 40 tahun dia telah membuat keputusan untuk memilih hala tuju hidupnya bagi mencari kebahagiaan.

“Masa umur saya 40 tahun saya decide nak settle distinasi life ni nak pilih arah kemana, rumah ada, kerja ada, anak-anak dh cukup .Cuma saya tak rasa bahagia pun walau semua serba ada..Setelah 40 tahun saya mencari..tak jumpa-jumpa. Ingatkan dah ada banglo dan berduit akan bahagia Saya meronta nak sangat rasa happy.

“Bonda (saya) tak malu menceritakan aib bonda demi membimbing siapa pun yang nak ambikl dari cerita silam saya untuk ”mencari jiwa yg hilang. dan mencari cinta manusia terus sy sakit” tulisnya.

Rozita mendedahkan perkara tersebut menerusi ruangan Instagram (IG) miliknya.

Ibu mertua Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid itu kemudian memberitahu dia mengadukan kemusykilannya tersebut kepada seorang ustaz dan akhirnya menemui jawapannya.

“Saya tanya guru yang saya hormati Ustaz Dasuki soalan saya ” akak tak bahagia, bagaimana saya nak bahagia terasa panas dan sakit sangat dada saya. Saya xjahat ustaz , saya solat dan jalankan tangungjawab sebagai muslim. Saya isteri yang baik dan rajin..bla bla bla” saya adu padanya.

“Katanya mungkin solat dan wuduk akak tak betul ..Akak belajar dulu betulkan wuduk lepas tu betulkan solat dan bacaan dalam solat..baca lah Quran setiap hari..Solat taubat sebanyaknya Amalkan AlMathurat..luruskan niat dn Akak akn jumpa yg dicari.

“Lama saya cari akhirnya jumpa dalam persoalan diri saya ini untuk bahagia dengan saya mulakan mengenal diri sendiri dulu.Aadakah saya dlm golongan sabar atau tak “yang membezakan mukmin atau org munafik”

“Sepatutnya, say wajib melupakan dan memaafkan kesalahan orang lain dan melepas ingatan saya pada mereka..sejak tu saya jumpa penawar jiwa sy yg kosong dan keluh kesah ..Sebab saya yakin “tak akan berlaku satu apa pun tanpa izin Allah..Dan manusia memang zalim pada dirinya sendiri ..Rosak kerana perhiasan dunia sehingga mensia-siakan waktu,” tulisnya lagi.

Sumber: Gempak

Sebelumnya……..

Teguran lembut ibu kepada Aliff Syukri buat netizen sebak

PETALING JAYA: Benarlah kata pepatah kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah tiada tandingannya.

Selepas Wardina Safiyyah, ibu kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, Rozita Ibrahim menegur anaknya itu susulan tindakannya memuatnaik video tarian yang dianggap keterlaluan dan menjijikan.

Rozita yang mesra disapa bonda menasihati Aliff Syukri supaya tidak bersekongkol dengan golongan fasik.

“Mak tegur Kri tak dengar. Wardina tegur Kri siap post komennya. Kalau mak tegur Kri delete. Mak dan semua orang sayang Kri… Kri insan baik.

“Jangan dekati… kawan dan bantu golongan fasik murka Allah. Jangan dijemput mereka. Kalau kita bantu maksudnya dosa dan bala sama kita akan terima… ada hadisnya,” komen Rozita dalam status posting di Instagram anaknya itu.

Rozita yang juga pengasas Sendayu Tinggi turut memohon maaf kepada anaknya itu di atas komen yang diberikan menerusi media sosial itu.

“Maaf beribu-ribu maaf atas komen ini. Mak tak nak bala datang kepada keluarga takut dosa dan bala itu datang kepada keluarga kita.

“Jauhi mereka… wahai anakku yang baik budi, bijaksanalah wahai anakku,” katanya.

Rozita menegur Aliff Syukri menerusi ruang komen pada satu posting di Instagram anaknya itu.

Komen tersebut mendapat sebanyak 14, 784 tanda suka oleh pengikutnya di Instagram.

Rata-rata netizen menyatakan rasa sebak dan bersetuju dengan teguran Rozita terhadap anaknya itu.

Nurfahany berkata:”Sedihnya membaca komen seorang ibu… moga di hari mulia ini Allah makbulkan doa bonda.”

Razziahkhan berkata:”@bondarozitaibrahim baiknya bahasa seorang ibu. Semoga Allah memelihara dan merahmati keluarga bonda semuanya. Amin.”

Lisasweet4773 berkata:”@bondarozitaibrahim ya Allah untungnya dapat ibu yang boleh nasihatkan anak… lembut tanpa ada kasar bahasa. Terimalah teguran dari ibu. Sebaik-baik teguran dan nasihat adalah dari insan yang bernama ibu.

Terdahulu, Aliff Syukir dikecam netizen gara-gara memuatnaik tarian untuk lagu terbaharunya, Semalam Bobo Dimana yang dianggap tidak menghormati sambutan Aidiladha, Rabu ini.

Lagu Semalam Bobo Dimana merupakan nyanyian penyanyi dangdut kontroversi Indonesia, Lucinta Luna yang berkolaborasi dengan Aliff Syukri dan seorang lagi usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman.

Antara babak tarian dalam video yang dimuatnaik Aliff Syukri di Instagramnya.

Video berdurasi 34 saat yang dimuatnaik di Instagram Aliff Syukri dua hari lalu memaparkan, usahawan kosmetik itu bersama dengan Lucinta dan Sajat menyanyi sambil menari mengikut rentak lagu dangdut tersebut.

Namun tarian itu agak keterlaluan apabila Lucinta dan Sajat tampil berpakaian seksi sambil menggoyangkan buah dada mereka.

Dalam posting terbaharu di Instagramnya, Aliff turut berterima kasih di atas teguran Wardina terhadap video tarian yang dimuatnaiknya tiga hari lalu.

Bagaimanapun, Aliff berkata beliau berbuat demikian atas tuntutan kerja.

“Terima kasih Kak Dina… terima kasih atas teguran dan kasih sayang Kak Dina kepada saya dan isteri.

“Ya saya akui kesilapan saya dan apa yang Kak Dina cakap itu saya terima cuma saya buat atas tuntutan kerja yang telah termaktub dalam kontrak,” katanya.

Aliff Syukri turut memadam video tarian tersebut selepas dikecam netizen.

Sumber: Mstar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *