“Berat Badan Naik Setelah Setahun Berkahwin” – Laudya Cynthia Bella

Please follow and like us:
0

Pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella mengakui berat badannya naik setelah setahun mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Engku Emran.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan di YouTube, Laudya menjelaskan berat badannya meningkat sebanyak enam kilogram.

“Ketika mendirikan rumah tangga pada tahun lalu, berat badan saya ialah 49 kilogram.

“Sekarang ini saya sudah tidak memiliki pinggang ramping seperti dulu dan berat sekarang ialah 55 kilogram.

“Bukan hanya saya seorang yang naik berat badan malah suami juga mengalami perkara yang sama,” katanya.

Pasangan Engku Emran dan Laudya Cynthia Bella mendirikan rumah tangga pada 8 September tahun lalu.

Resepsi Perkahwinan Engku Emran, Laudya Cynthia Bella Di Indonesia

Resepsi Perkahwinan Engku Emran, Laudya Cynthia Bella Di Indonesia, 8 Oktober Ini!
Pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran dikhabarkan bakal melangsungkan resepsi perkahwinannya di Indonesia, 8 Oktober ini.

Menurut Kapan Lagi, foto kad undangan resepsi telah tersebar di laman internet.

Pengurus Bella, Emi juga telah mengesahkan berita tersebut.

“Ya benar, saya mengesahkannya. Betul, memang Bella akan melangsungkan resepsinya disini,” katanya.

Bagaimanapun Emi enggan mendedahkan lokasi majlis itu akan berlangsung.

“Saya bukan orang yang berhak untuk menjawab semua ini. Ia adalah majlis tertutup dan privasi.

“Jadi maklumat lain saya tidak dapat dedahkan disini,” katanya lagi.

Pelakon Syurga Yang Tak Dirindukan itu telah melangsungkan perkahwinnnya dengan Engku Emran pada 8 September lalu di Malaysia.

“Happy Birthday Mom” – Laudya Cynthia Bella Sambut Hari Lahir Erra Fazira

Pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella menyambut hari kelahiran penyanyi Erra Fazira.Bella membuat kejutan hari lahir Erra yang ke-44 bersama anak, Engku Aleesya dan beberapa orang teman.

Bella berkongsi video Erra meniup lilin kek hari jadinya menerusi Instagram Stories dengan kapsyen “Happy birthday Mom.”

Erra turut berkongsi video reaksi terkejutnya menerusi Instagram Stories.

“Thank you for the surprise. I didn’t know that you gonna come today,” kata Erra.

Kemesraan antara Bella dan Erra menarik perhatian peminat dari Malaysia dan Indonesia.

Sebelum ini, Erra menjelaskan dirinya tidak kekok dengan Bella yang kini menjadi isteri kepada bekas suaminya, Engku Emran.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!