Satu Malaysia ‘Tertipu’ Dengan Video Ally Iskandar!

Sejak beberapa hari yang lalu, tular di media sosial mengenai satu rakaman video di dalam sebuah LRT yang dimuat naik personaliti TV, Ally Iskandar yang menunjukkan aksi seorang remaja lelaki memberi tempat duduknya kepada ibu mengandung.

Netizen Di Dalam LRT Dikecam Netizen

Okay ini anak siapa ni?

A post shared by ALLY ISKANDAR (@allyiskandarrasmi) on

Melihatkan pada situasi tersebut, terdapat beberapa orang netizen yang duduk dalam LRT tersebut namun mengendahkan wanita mengandung itu sehinggalah remaja tersebut mempelawa tempat duduknya. Melihatkan pada video tersebut, ramai yang marah akan tindakan netizen-netizen lain yang tidak ambil peduli dengan keadaan wanita itu dan sibuk membuat hak masing-masing.

Hanya Eksperimen Sosial

Terbaru, seorang netizen yang juga guru salah sebuah sekolah di ibu negara mendakwa bahawa video tersebut adalah sekadar eksperimen sosial mereka semata-mata bagi melihat tahap kesedaran rakyat Malaysia selepas dijemput Ally untuk berlakon.

Malah kesemua watak termasuk remaja lelaki dan wanita mengandung itu juga dari sekolah mereka. Selepas tularnya video tersebut, pelakon-pelakon tersebut teruk dikecam sehingga netizen tersebut merayu untuk tidak lagi mengecam mereka atas dasar video itu hanyalah lakonan semata-mata.

Sejak tular, ramai yang kagum dengan remaja itu sehingga ada yang ingin memberi hadiah atas sikap prihatinnya.

Sumber : Hangat.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *