‘Syarikat Penerbangan Bebas Memilih Pakaian Seragam Asalkan..’- Timbalan Menteri Pengangkutan

Please follow and like us:
0

Tidak lama dahulu, Ahmad Marzuk Shaary (PAS- Pengkalan Chepa) meminta kementerian memberi pencerahan mengenai isu apakah pakaian pramugari Malaysia Airlines (MAS) sesuai dengan imej Malaysia yang agama rasminya adalah Islam. Topik itu turut menjadi perdebatan serta perbualan hangat netizen di sosial media. Berhubung isu tersebut, ini jawapan dari Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaafar.

Selari dengan identiti Malaysia

Menurut Datuk Kamarudin di Dewan Rakyat hari ini, tiada larangan kepada mana-mana syarikat penerbangan untuk menetapkan pakaian seragam pramugari menepati kehendak syariah Islam tetapi ia perlu mematuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan International Civil Aviation Organization (ICAO).

Selain itu, Timbalan Menteri Pengangkutan itu turut berkata CAAM menetapkan supaya semua syarikat penerbangan perlu menyediakan pakaian seragam yang membolehkan pramugara dan pramugari menjalankan tugas keselamatan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Ini adalah satu keperluan bagi syarikat-syarikat penerbangan memperolehi sijil keselamatan.

Dalam hal ini juga syarikat penerbangan bebas memilih pakaian seragam asalkan ia mematuhi kriteria sebagai pakaian yang tidak menghalang tugas semasa pengungsian kecemasan dan berdasarkan kesesuaian dan imej korporat masing-masing.

Datuk Kamarudin, berkata itu sebagai menjawab soalan yang telah diajukan oleh Ahmad Marzuk Shaary (PAS- Pengkalan Chepa) mengenai pakaian pramugari Malaysia Airlines (MAS) baru-baru ini. Tambahnya lagi, pakaian seragam baju kebaya pramugari adalah mencerminkan budaya Malaysia.

Ia selari dengan identiti Malaysian Hospitaliy yang diamalkan oleh Malaysia Airlines Berhad (MAB).

Baju kebaya menonjolkan layanan mesra kepada para pengguna penerbangan berkenaan.

Sumber: Astro Awani
Credit: OhBulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!