‘Saya Yang Suruh Dia Naik Pentas’ – Mark Adam Pertahan Tindakan Haqiem Rusli

Selepas insiden penyanyi Haqiem Rusli merampas mikrofon menerusi rancangan I Can See Your Voice Malaysia menjadi tular di media sosial, Mark Adam tampil menjelaskan situasi sebenar. Walaupun peserta tersebut telah menjelaskan perkara itu hanya sekadar gurauan dalam rancangan tersebut, namun masih ada netizen yang terus kecam Haqiem Rusli.

Penyanyi Mark Adam menerusi Metro menjelaskan perkara sebenar dan tindakannya menyuruh penyanyi Jatuh Bangun itu naik ke atas pentas dan mengambil mikrofon.

Dua tindakan yang berbeza

Saya yang menyuruh dia naik ke pentas dan tolong peserta itu menyanyi lagunya dengan betul. Itu bukanlah merampas mikrofon sebaliknya mengambil. Dua tindakan itu berbeza dan ia bukan sesuatu yang kasar seperti yang dikecam netizen.

Mark Adam merupakan salah seorang panel tetap dalam program berkenaan dan menganggap tindakan tersebut bukanlah kasar seperti yang diperkatakan oleh netizen di media sosial.

Kami semua, artis dan peserta berseronok ketika sesi rakaman itu berlangsung. Jadi, tak ada isu pun sebenarnya antara Haqiem dengan peserta itu.

Saya tak marah

Netizen tak pernah jadi artis. Mereka tak faham konsep program itu. Saya diminta pihak produksi untuk membawa karakter gila-gila. Saya tak marah. Sekali saya pernah buat salah, setiap benda yang saya buat orang akan anggap salah.

Bagaimanapun, penyanyi ini telah menghantar mesej mohon maaf menerusi Instagram kepada peserta berusia 19 tahun itu. Haqiem Rusli juga tidak kisah dengan kecaman netizen kerana baginya, mereka tidak faham konsep program tersebut.

Sumber: Metro

Credit: OhBulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *