[PUCHONG] – Seorang Penumpang Lelaki Dilihat Menceroboh Kawasan Larangan Stesen LRT Sebelum Maut Dilanggar Tren

Please follow and like us:
0

PUCHONG – Seorang penumpang lelaki ditemui mati selepas dipercayai terjatuh ke landasan sebelum dilanggar tren di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Pusat Bandar Puchong pada 1 Ogos kira-kira jam 7.24 pagi.

Seorang pengguna Facebook yang berada di tempat kejadian melaporkan, tidak dapat dipastikan sama ada mangsa telah terjatuh dari platform ke landasan secara tidak sengaja atau satu kejadian bunuh diri.

Kredit : Facebook/Linna Samsudin

Netizen ini menulis, “Pihak polis telah meminta kami mengosongkan platform dan turun ke tingkat bawah. Terdapat satu mayat telah ditemui di atas ladasan dari laluan bertentangan dan pihak polis berkata mangsa mungkin telah terjatuh dari tren.”

Menurut sumber NST dan Berita Harian, pihak Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid KL) telah mengesahkan kejadian kemalangan ini, yang telah menyebabkan gangguan operasi di stesen LRT Pusat Bandar Puchong dan Sri Petaling apabila bekalan elektrik terpaksa dihentikan bagi tujuan pengalihan mayat. Operasi perkhidmatan tren telah pulih seperti biasa bermula jam 9.03 pagi.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan mengesahkan, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 7.51 pagi.

Kredit : Twitter/ NST

Menurut Asisten Komisioner Ismadi, “Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati mayat seorang lelaki berada dalam keadaan terbaring di landasan berkenaan. Pemeriksaan lanjut mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri yang ditemui pada mangsa.”

Dalam satu kenyataan rasmi oleh pihak Rapid KL, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), seorang penceroboh telah dilihat memasuki kawasan larangan stesen LRT Pusat Bandar Puchong yang sudah menamatkan operasi pada kira-kira jam 12.29 tengah malam, 1 Ogos.

Kredit : China Press

Malaysiakini melaporkan, pihak polis dan Rapid KL mendapati melalui rakaman CCTV tersebut, sebelum kejadian, lelaki terbabit dilihat telah keluar dari tren di Stesen LRT Pusat Bandar Puchong. Mangsa kemudian telah turun ke arah landasan dan berjalan di atasnya sebelum dilanggar oleh tren dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat mangsa telah ditemui oleh kapten tren yang bertugas pada jarak 50 meter dari stesen, kira-kira jam 7.24 pagi.

Menurut laporan Berita Harian menerusi kenyataan Asisten Komisioner Ismadi Borhan, pihak polis masih menyiasat punca kejadian sama ada lelaki itu telah mabuk atau mahu membunuh diri. Tiada unsur jenayah yang ditemui di lokasi kejadian. Kejadian diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat.

Lelaki Ditemui Mati Di Landasan Rapid Rail Sendirian Berhad mengesahkan seorang

Lelaki Ditemui Mati Di LandasanRapid Rail Sendirian Berhad mengesahkan seorang lelaki menceroboh kawasan larangan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT), Pusat Bandar Puchong sebelum ditemui mati di landasan tren kira-kira 50 meter dari stesen berkenaan.Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan penceroboh itu dilihat memasuki kawasan stesen itu yang sudah menamatkan operasinya kira-kira jam 12.29 tengah malam semalam.

Posted by Buletin TV3 on Wednesday, 1 August 2018

Kredit: Buletin TV3

Sumber : NSTBerita HarianMalaysiakiniWorld of BuzzChina PressBuletin TV3  via Era Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!