‘No Wonderlah, Dia Vape Dengan Anak Di – … Datang Klinik Dengan Batuk-Batuk’

Please follow and like us:
0

Semua orang sedia maklum merokok boleh membahayakan kesihatan bukan sahaja kepada penghisap malah orang yang berada di sekelilingnya. Malah vape juga dikatakan boleh memberi kesan yang lebih kurang sama seperti rokok. Namun masih ramai di antara mereka yang mengambil ringan mengenai perkara ini.

Terbaru, seorang doktor di Facebook berkongsi pengalaman melihat sendiri bapa menghisap vape sambil mendukung bayi di dada. Selfish!

Dia vape dengan anaknya di dada

(Sekadar gambar hiasan)

Apakah definisi pentingkan diri sendiri paling tepat?

Semalam, saya beli makanan di sebuah kedai makan. Lepas dah siap tapau dan bayar, saya ke 7 eleven yang berada di sebelah kedai makan tu. Masa keluar dan melalui kedai makan tu, ada seorang bapa yang sedap vape.

Ya,vape tu perkara biasa bagi sesetengah kita kan?
Yang menjadikan ianya luar biasa adalah apabila dia vape dengan anaknya di dada.

Anaknya didukung menggunakan baby carrier yang melekat elok di badannya. Anak itu masih kecil dalam 3-4 bulan dan anak itu sudah tentulah menghadap wajah bapanya.

Ya,inilah dia definisi pentingkan diri sendiri.
Bapa sedang menghisap vape dan menghembus asap vape dengan wajah anaknya yang masih terlalu kecil menghadap ke mulut bapanya yang sedang elok menyedut kegembiraan membinasa.

No wonderlah, datang klinik batuk-batuk

(Sekadar gambar hiasan)

Vape dan rokok tu lebih kurang sahaja.
Mufti juga sudah kata vape itu haram. Sama seperti merokok.

No wonderlah sekarang makin ramai anak anak kecil punya masalah pernafasan. Datang klinik dengan batuk batuk. Datang klinik dengan simptom seperti asthma. Datang klinik sampai perlu dirujuk hospital dan ada beberapa kes sampai ke ICU terus akibat saluran pernafasan dijangkiti kuman teruk.

Sebab sikap pentingkan diri sendiri beginilah.

Hisap rokok depan anak.
Hisap rokok di kawasan awam.

Betullah, bapa mendapat kebahagiaan dengan merokok, anak mendapat binasa dengan penyakit.

Berhentilah menjadi manusia yang mementingkan diri sendiri.

Sudah saya kata walau tidak merokok di hadapan anak, asap rokok itu masih akan melekat di dalam rongga mulut, hidung, badan, apatah lagi di pakaian anda selamam beberapa hari.

Gosoklah gigi sekerap mana pun, asapnya masih ada.
Kunyahlah chewing gum sedozen mana, asapnya masih ada.

Tolonglah jadi manusia yang memikirkan orang lain.

Nota kaki : Ketagihan itu boleh dihentikan. Semuanya atas diri kita. Usaha, doa dan bertawakallah.

Dr. Erna Nadia
Jika kita mahu, kita dapat.
Yang membuatkannya tersekat adalah alasan bertingkat tingkat.

Sumber : Erna Nadia

Sumber: OhBulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!