Mana-mana individu yang melakukan ‘Keke Challange’ akan disaman oleh JPJ

Please follow and like us:
0

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan kenyataan bahawa tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu yang melakukan tarian ‘Keke Challange’ di jalan raya.

Kredit: rancah.com

Dalam temu bual dengan The Star Online, Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata mereka yang melakukan cabaran itu telah membahayakan pengguna jalan raya yang lain, di samping menjadi gangguan awam.

Kredit: Ahmad Irham Mohd Noor/New Straits Times

Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, pihaknya akan merujuk pada kerangka undang-undang yang ada untuk mengambil tindakan terhadap orang ramai terutamanya anak muda yang terikut-ikut melakukan tarian tersebut.

“JPJ mempunyai kerangka undang-undang untuk kita tidak ambil tindakan ke atas pesalah jalan raya dan perbuatan sedemikian juga dilihat tidak mengikut kesopanan dan etika masyarakat,” katanya.

‘Keke Challenge’ tercetus apabila seorang pelawak, Shiggy melakukan tarian tersebut dan rakaman video yang dimuat naik meraih kira-kira lima juta tontonan.

Tarian tersebut memerlukan penarinya melompat keluar dari kereta yang bergerak perlahan seterusnya menari mengikut alunan lagu, In My Feelings yang dinyanyikan oleh Drake.

Beberapa selebriti ternama turut terjebak dengan aksi tersebut sehingga ia menular ke negara ini.

Tindakan Tegas Terhadap "Keke Challenge" Tiada kompromi terhadap individu yang

Tindakan Tegas Terhadap "Keke Challenge"Tiada kompromi terhadap individu yang sengaja memberhentikan kenderaan untuk melakukan tarian 'Keke Challenge' di jalan raya.Itu amaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang akan mengambil tindakan tegas terhadap kelakuan itu.

Posted by Buletin TV3 on Saturday, 28 July 2018

Kredit: Buletin TV3
Sumber: UtusanBuletin TV3Says

Era Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!