Baru Berusia 6 Bulan Tetapi Baby Comel Ni Mempunyai Rambut Yang Sangat Lebat Bak Singa!

Please follow and like us:
0

Rambut adalah aset yang sangat penting dan berharga buat kaum wanita serta kaum lelaki. Segelintir individu sanggup menghabiskan wang untuk membeli produk rambut yang mahal, merawat rambut dan sebagainya.

Tetapi bagi kanak-kanak comel ini, dia tidak perlukan semua itu kerana dia memiliki rambut yang cantik semula jadi.

Baru berusia enam bulan, kanak-kanak perempuan yang lebih mesra dipanggil Baby Chanco dari Jepun ini mempunyai rambut yang sangat luar biasa lebat!

Menurut ibunya, sejak Chanco lahir, si comel ini telah pun mempunyai rambut yang sangat lebat, berbeza sungguh daripada majoriti bayi lain yang dilahirkan dengan rambut halus.

Mengetahui anaknya mempunyai rambut yang luar biasa, si ibu ini mula mencipta akaun Instagram khas untuk anaknya itu. Sehingga kini, Baby Chanco telah mempunyai seramai 39,000 orang pengikut yang amat menggilai kecomelan dan kelebatan rambut bayi ini.

Anda pasti tidak berasa puas melihat kelebihan Baby Chanco ini.

Sumber: Bored Panda VIA Era Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!