Sweet! Fasha Sandha Buat Kejutan Hari Lahir Aidil Aziz

Please follow and like us:
0

Status hubungan aktres cantik Fasha Sandha dan pelakon Aidil Aziz masih menjadi tanda tanya.

Dikhabarkan menjalin hubungan cinta, pasangan ini senang berdampingan sebagai teman tapi mesra tanpa memberikan penjelasan lanjut mengenai hala tuju hubungan mereka.

Terbaru, Fasha membuat kejutan sambutan ulang tahun kelahiran Aidil yang ke-31 malam tadi di Hotel Park Royal, Kuala Lumpur.

Menerusi kemas kini laman sosial Instagram milik jurugambar Aqo Imran, Aidil nyata terkejut dengan sambutan tersebut.

“Thank you so much. Memang speechless tak tahu nak cakap apa,” kata Aidil.

Bersempena hari lahir Aidil, Fasha turut memuat naik sebuah video kompilasi fotonya bersama Aidil menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, rata-rata netizen mengambil peluang untuk memberikan ucapan selamat hari lahir kepada Aidil.

Peminat mereka turut mendoakan agar hubungan Fasha dan Aidil berakhir di jenjang pelamin.

Teks: Kamaruddin Razal
Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!