“Saya Sendiri Ingat Mudah Untuk Berjenaka, Tetapi Saya Silap” – Siti Elizad

Please follow and like us:
0

Pelakon Siti Elizad mengakui kagum dengan bakat yang ada pada seorang pelawak komedi.

Menurut Elizad, selepas menyertai program Super Spontan Xtravaganza (SSX), dia mengakui bukan mudah untuk membuat penonton terhibur dengan jenaka yang dilakukan.

“Bukan mudah sebenarnya untuk membuat lawak kerana ia memerlukan kepakaran dan latihan apatah lagi untuk berjenaka secara spontan.

“Pada awalnya saya ingat mudah untuk berjanaka tatapi selepas menyertai baru saya tahu saya sebenarnya silap.

“Perkara itu membuatkan saya kagum degan pelawak-pelawak yang ada ini kerana mereka mempunyai idea untuk memberi penonton ketawa.

“Perasaan hormat saya terhadap golongan ini memang cukup tinggi selain tersedar saya sebagai pelakon masih banyak perkara perlu saya belajar,” katanya kepada Astro Gempak.

SSX bersiaran secara langsung dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Serdang pada setiap Jumaat, jam 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

Bertemakan ‘tukang masak’, SSX membentuk dua kumpulan iaitu Sotong Kangkung yang membawa imej ‘tukang masak jalanan’ dan kumpulan Lobster Leleh mencerminkan imej ‘tukang masak di hotel’.

Buat julung kalinya juga program ini bakal menyaksikan pertukaran sistem pemarkahan iaitu 50 peratus daripada barisan juri dan 50 peratus lagi dari undian penonton.

Setiap kumpulan akan dikritik dan diniali oleh dua jri tetap iaitu Datuk Afdlin Shauki dan Adibah Noor serta bersama lagi seorang juri jemputan.

SSX turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan ‘on demand’.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Foto: Instagram

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!