Lisdawati Selamat Bersalin Anak Lelaki

Please follow and like us:
0

Pelakon Lisdawati, 39, telah selamat menimang cahaya mata keempat pada pukul 10.23 malam tadi.

Berkongsi perkembangan terkini menerusi Instagram, Lisdawati memaklumkan bayi lelaki seberat 3.54 kilogram itu dilahirkan secara normal.

“Syukur Alhamdulillah atas doa semua,” tulis Lisdawati ringkas.

Lisda dan Fauzi mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Nor Aini Farhana, Nor Aina Fazneesya dan Muhammad Fazreez Hazwan.

View this post on Instagram

Assalamualaikum ❤️ Morning Alhamdulillah .. genap 7 bulan .. Ramai nak tahu mcm mana sy berbasikal sejauh 10 km saat sy mengandung .. ☺️☺️. Dengan izin Allah swt Alhamdulillah . Picture atas masa Hari Wanita kandungan sy 4 1/2, picture bawa kandungan sy 6 . Boleh aktif jika kandungan rasa kuat tetapi tetapkena hati2 . Tiap kali selesai acara sy akan buat pemeriksaan utk kandungan sihat .. Alhamdulillah Doktor kata baby aktif. So sy share amalan sy tiap pagi.. minum susu #ibusuri ( susukambing) campurkan @aryzachiaseedhq dan sedikit kismis atau kurma yg dipotong kecil2. Tuang air panas dan minum… Senang … ✔️ Dapat bekalkan tenaga sepanjanghari ✔️ Menjaga sistem penghadaman utk masalah sembelit. ✔️ Membantu utk mereka yg nak berdiet sbb mengenyangkan ? SELAMAT MENCUBA

A post shared by Lisdawati (@lisdawati15) on

View this post on Instagram

Happy Sunday ❤️❤️❤️#triptozoonegara

A post shared by Lisdawati (@lisdawati15) on

Manakala, cahaya mata ini merupakan zuriat kelapan Fauzi yang sebelum ini pernah dikurniakan empat cahaya mata menerusi perkahwinan terdahulu.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @lisdawati15

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!