“Daripada Hari Aku Sakit Sampai Sekarang Aku Tahu Dia Penat, Kadang-Kadang …” – Ucapan Touching Aidid Marcello Buat Isteri

Please follow and like us:
0

Personaliti TV popular Aidid Marcello punyai cara tersendiri untuk menghargai pengorbanan isterinya, Norzie Pak Wan Chik yang menjaganya selepas pembedahan ACL Jun lalu.

Menerusi ucapan yang ditulis buat isterinya yang masih bertugas sebagai penyampai berita di sebuah stesen televisyen swasta itu, ramai yang melahirkan rasa terharu dan tersentuh dengan tanggungjawab Norzie.

“Daripada hari aku sakit 22 hari lepas sampailah sekarang, aku tahu dia ni penat sangat dengan kena jaga aku dan dia dah kena baca Nightline news lagi, kadang-kadang sampai umah jam 1 pagi.

“Ya Allah, Kau berilah kekuatan semangat, kesihatan berpanjangan, dijauhkan daripada sebarang penyakit-penyakit berbahaya, diberkati rezeki dan lindungilah serta kasihanilah dia sepertimana setiap saat dia mengasihani aku dan keluarganya.

“Jom sampaikan doa ini kepada isteri, ibu dan sesiapa sahaja yg kita tahu tahap pengorbanannya hebat bagi membantu kita. Saya doakan untuk semua juga,” tulisnya.

View this post on Instagram

Daripada hari aku sakit 22 hari lepas sampailah sekarang, aku tahu dia ni penat sangat dengan kena jaga aku + dia dah kena baca #nightline news lagi, kadang2 sampai umah jam 1 pagi. Ya Allah, Kau berilah kekuatan semangat, kesihatan berpanjangan, dijauhkan daripada sebarang penyakit2 merbahaya, diberkati rezeki dan lindungilah serta kasihanilah dia sepertimana setiap saat dia mengasihani aku dan keluarganya. Jom sampaikan doa ini kepada isteri, ibu dan sesiapa sahaja yg kita tahu tahap pengorbanannya HEBAT bagi membantu kita ? amin. Saya doakan untuk semua juga ?? #aididitagain #aididitmyway #aididaclprogress #aididmarcellostyle #aididmarcellofamily #ilovemywife #mylifepartner #work #latenight #news #livenews #berkorban #tanggungjawab #isteri

A post shared by Aidid Marcello ? (@aididmarcello) on

Aidid kini dalam proses rawatan pemulihan selepas menjalani pembedahan ACL selepas cedera akibat bersukan.

Aidid dan Norzie telah mendirikan rumah tangga pada 2005 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @aididmarcello

Sumber: Gempak

Sebelumnya….

“Cuma Paling Perit Bila Tak Dapat Kencing Semalam Memang Cuak,” – Aidid Marcello

Pengacara dan pengarah kreatif, Aidid Marcello, telah selamat menjalani pembedahan ACL pada bahagian lutut kirinya baru-baru ini.

Difahamkan, Aidid,38, mengalami kecederaan di bahagian ligamen anterior cruciate (ACL) pada  lututnya ketika bermain bola.

Menerusi Instagramnya, bekas pengacara program Remaja ini menyatakan rasa syukur kerana sesi pembedahan telah pun berjaya dan dipermudahkan.

“Alhamdulillah, operation went well! Semua dipermudahkan, so hari ni dah buat physio dan banyak jugak improvement,” tulisnya.

Pada masa sama, Aidid turut memberitahu kesan ubat tahan sakit yang diambil.

“Cuma paling perit bila x dpt kencing semalam mmg cuak. Itu adalah side efx ubat tahan sakit. But so far Alhamdulillah!” kongsi Aidid sambil disusuli dengan tanda palang #aididaclprogress #aididitagain #aididitmyway #aididmarcellostyle.

Adid menerusi entri di IG sebelum ini turut berkongsi situasi yang menimpan dan rata-rata peminat memanjatkan rasa syukur dan berdoa agar bintang itu kembali pulih seperti sedia kala.

Foto/Video: Instagram Aidid Marcelo
Sumber: MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!