Tunai Janji Hantar Peminat Tunai Umrah, Nabil Ahmad Nafi Mahu Menunjuk

Tunai Janji Hantar Peminat Tunai Umrah, Nabil Ahmad Nafi Mahu Menunjuk

Pengacara rancangan MeleTOP, Nabil Ahmad menafikan dirinya mahu menunjuk ataupun riyak apabila bertindak untuk menaja tiga orang peminatnya menunaikan ibadah Umrah.

Tiga orang peminat yang bertuah ialah Zaharah Teh, 69, Zaime Abu Yamin, 47, dan Mohammad Shahrul Mohammad Nazal, 27, berlepas ke Tanah Suci dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan rombongan dijangka kembali ke Malaysia pada 23 Mei depan.

“Sebelum ini, saya pernah ditaja untuk ke Tanah Suci. Itu merupakan pengalaman pertama saya ke sana. Semenjak itu, saya sudah berhasrat untuk memulangkan kebaikan tersebut kepada orang lain pula.

“Bukan mahu mebunjuk atau riyak, saya cuma mahu membantu dan melaksanakan hasrat mereka yang mahu menjejakkan kaki ke sana. Alhamdulillah, saya bersyukur impian saya tercapai,” katanya kepada Astro Gempak.

Tiga orang peminat bertuah itu hanya membayar wang pendahuluan sebanyak RM3,000 sahaja dan kos selebihnya ditanggung oleh Nabil.

“Sepatutnya ada pihak yang mahu menaja mereka. Atas sebab yang tak dapat dielakkan, mereka tarik diri. Saya malas mahu memanjangkan cerita dan menganggap itu tanggungjawab saya.

“Saya yang berjanji jadi saya harus tunaikan. Saya juga mahu jadikan perkara ini hadiah kepada peminat yang tidak penat menyokong saya yang sudah genap 10 tahun dalam bidang hiburan.

“Saya anggap ini petanda yang Allah berikan untuk saya berkongsi rezeki.  Sebagai balasan, cukuplah jika peminat mendoakan kejayaan dan keberkatan untuk saya sekeluarga di dunia serta akhirat,” katanya lagi.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Nabil Ahmad
Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *