“Saya hampir nak…. ini bukan gurauan…” – Bahu kanan bengkak, Anwar mengadu kesakitan

Mungkin ramai yang menanti detik bersejarah hari pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim esok. Namun, di sebalik kegembiraan tersebut, salah seorang anak saudaranya, iaitu Harris Sani telah merakamkan keadaan Anwar yang kini mengadu sakit bahu kanan bengkak.

Harris menziarahi Anwar yang kini berada di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) pada Selasa lepas.

VIDEO :

Menerusi video sumber dari mStar online, Anwar sedang rancak berbual dengan bersama dengan beberapa pelawat lain yang ingin tahu mengenai keadaan kesihatannya. Video tersebut juga melihatkan kehadiran isteri tercinta, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan Yang di-Pertuan Agong berkenan memberi pengampunan penuh kepada Anwar dan beliau akan kembali bergiat secara aktif dalam politik.

Sumber : mStar Online

Kredit; Ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *