“Kalau Aku Cakap Bodoh Agak Kasar Bunyinya, But Yes Siapa Yang Tak Bertanggungjawab Itu Memang Bodoh” – Amar Baharin

Please follow and like us:
1

Tular di media sosial mengenai isu bayi terpaksa tanggung risiko terkena jangkitan kuman akibat daripada menerima ciuman dan pelukan dari pesakit. Tahu tak korang, kanak-kanak mempunyai antibodyyang tidak kuat dan mudah menerima penyakit yang berjangkit.

Ini kenyataan pelakon Amar Baharin yang berang dengan segelintir individu yang gemar cium dan peluk bayi ketika sakit. Memang mereka kelihatan comel tapi kalau kita kurang sihat tu minta dijauhkanlah.

Tak perlu cubit atau cium pipi

Kalau betul la cerita ni, ini la perbuatan yg paling tak bertimbang rasa… kalau aku cakap B.O.D.O.H agak kasar bunyinye. But yes, siapa yang tak bertanggungjawab tu memang BODOH. Kalau ye pon kau suka, geram, baby tu nampak comel, tak perlu sampai nak cubit pipi or cium or sentuh sekalipon sebab kau kena faham, baby ni antibody belum kuat. Kau ikut perasaan nafsu geram kau, cium baby tu or sentuh baby tu, sampai secara tak langsung kau sebarkan virus kat baby tu sampai sakit macam ni, siapa yang menanggung??? Kau tak fikir ke macam mana bersusah payah ibu dia melahirkan, menjaga dan membesarkan anak dia, dengan sekelip mata baby tu menanggung kesakitan atas perbuatan bodoh kau tu???

Jangan terlalu menjaga hati orang

Aku sendiri tak pernah nak sentuh mana-mana baby yang aku jumpa walaupun comel dan geram aku tengok sbb aku sedar diri, sedar ruang, tak nak apa-apa jadi kat baby tu. Mintak maaf, aku memang tak berkenan dengan perangai sesetengah manusia yg tak bertanggungjawab mcm ni. Dan aku nak mintak maaf jugak kalau aku bertindak sedikit aggressive kalau aku terjumpa makhluk-makhluk macam ni kat luar sana. Dan aku berharap supaya ibu bapa diluar sana, tolong tolong tolong jaga anak-anak korang dengan baik. Jangan terlalu menjaga hati orang sampai anak korang terseksa mcm ni. Please…

View this post on Instagram

❤️ of my life . #Amyramar #AAA

A post shared by Madam Amar (@aamyrarosli) on

Credit: Amar Baharin

Ohbulan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!