Kereta Rosak Tepi Jalan, ‘Harammm’ Tiada Siapa Bantu Fizz Fairuz!

Please follow and like us:
0

Pelakon Datin Almy Nadia meluahkan rasa kecewa apabila tiada pihak tampil membantu suaminya, Datuk Fizz Fairuz yang dalam kesusahan.

PELAKON Datin Almy Nadia selama ini mungkin menyangka suaminya Datuk Fizz Fairuz mempunyai ramai kawan yang boleh membantu saat susah dan senang namun sangkaannya itu meleset.

Ia terbukti apabila Fizz yang berhadapan kereta rosak di tepi jalan tidak dibantu oleh rakan-rakannya seperti diluahkan oleh Almy dalam status perkongsiannya dengan orang ramai.

Almy secara sinikal memaklumkan Fizz sengaja memuat naik gambar berserta kapsyen berhubung masalah dialaminya bagi melihat sejauh manakah respons daripada sesiapa yang sudi menghulurkan bantuan kepadanya.

Tulis Almy lagi, walaupun Fizz bukan seorang lelaki yang gemar meminta bantuan namun tindakannya memuat naik mengenai insiden itu membuka mata apabila mereka berada dalam kesulitan, tiada siapa menelefon untuk menghulurkan bantuan.

Luahan Almy mendapat perhatian pengikutnya di Instagram.

“Maaf ya hari ini emosi tau… hari marah sebab tertekan dengan keadaan suami pergi cari rezeki, lepas tu kereta bermasalah, tak ada orang tolong.

“Sebab orang sentiasa ingat kita orang ini kaya dan tak pernah susah… encik suami pulak sejenis tak reti nak telefon siapa-siapa minta tolong, dia sengaja masuk dalam Instagram dan Facebook dia.

“Nak tengok ada ke orang-orang nak telefon nak bagi bantuan tapi haram! Masa susah cari, masa seronok hilang, bagus tahniah diucapkan… maaf teremosi tau… dah fikir banyak kali sebelum muat naik dan letak status ni… Maaf pada haters, stalker,” tulisnya.

Fizz menerima gelaran Datuk baru-baru ini.

Sebelum itu, Fizz menerusi Instagram miliknya memuat naik gambar berserta kapsyen berbunyi; “Dugaan… hahaha rasanya macam break ni, tapi tunggu repairlah… panas.”

Sementara itu, menerusi posting sama, Almy meminta maaf kepada pengikutnya kerana memuat naik status berkenaan dan mengakui dia agak beremosi dengan kejadian menimpa suaminya.

Confirm kami letak status ini ramai yang kecam, benci, copy paste, marah, bergaduh, tarik muka. Tapi saja nak bagitahu la ya… tengah susah ni… ada siapa-siapa yang telefon tanya nak bagi bantuan tak? Ada? Maaf ya hari ini emosi tau,” luahnya.

Pemerhatian kami mendapati status dikongsi Fizz itu tidak memperlihatkan dia memerlukan bantuan yang memungkinkan orang bersangka masalah itu dapat diselesaikannya sendiri.

Sumber: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!