SPYSHOT : Suzuki Vitara Diuji Oleh PROTON?? SUV BARU???

Please follow and like us:
1

Sebelum ini, khabar anginnya ada bertiup. Tapi, ini ada kejutan lain – seorang pembaca, Max Pang mengirimkan gambar sebuah Suzuki Vitara yang kelihatan ditempat letak kereta berdekatan Sports Arena Cyberjaya. Ini satu hal yang agak pelik sebenarnya, kerana seperti yang kita tahu, Suzuki tidak lagi menjual kenderaannya di sini selepas menjalin kerjasama dengan Proton seperti yang diumumkan sebelum ini.

Unit yang dilihat ini pula, bahagian lencananya ditutup. Nombor platnya pula macam biasa dilihat – trade plate negeri Selangor yang biasa digunakan oleh kereta prototaip Proton. Jika perkara ini benar, maka agak menghairankan mengapa Proton masih meneruskan jalinan ini walaupun selepas diambil alih oleh Geely.

Tapi, jika dilihat kembali sewaktu sidang media memeterai rakan strategik Proton itu, pengerusinya, Datuk Seri Syed Faisal Albar ada menyatakan bahawa semua perjanjian yang telah dipersetujui sebelum itu (termasuk dengan Honda bagi Perdana dari Accord dan Suzuki Ertiga) akan tetap diteruskan.

Jadi, tak mustahil kalau Proton benar-benar sedang mempersiapkan model SUV Vitara – dengan lambang Proton tentunya – sementara dalam masa yang sama syarikat itu di bawah Geely mempersiap produk serba baru sendiri.

Lebih menarik, SUV dengan saiz lebih kecil seperti Vitara akan membolehkan Proton untuk memasuki penawaran SUV segmen B yang lebih murah dan menyertai model-model sedia ada seperti Honda HR-V, Mazda CX-3 dan akan datang, Toyota C-HR. Lebih penting, Proton ingin melakukannya terlebih dahulu sebelum Perodua masuk gelanggang yang sama.

Selain lencana yang ditutup, Vitara yang dilihat ini nampak sama dengan unit yang dijual dipasaran lain – sama kesnya seperti Proton Ertiga agaknya. Dan, jika ia tidak melibatkan banyak perubahan berbanding model asalnya, nampak gaya Proton tidak memerlukan masa yang lama untuk memperkenalkannya secara rasmi.

Kalaulah Proton Vitara ini betul-betul jadi kenyataan, ia berkemungkinan besar akan dilengkapi dengan enjin M16A 1.6 liter petrol yang menghasilkan 118/156 Nm, dan dipadankan dengan transmisi automatik enam-kelajuan. Ramai atau tidak dalam kalangan anda yang berminat dengan model ini sekiranya benar-benar masuk pasaran nanti?

Sumber : Paultan.org

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: BOBO Dimana, BOBO BOBO Dimana!